Lama jugak saya tak menulis pasal
paintball ni, so saya nak mintak maaf atas kelewatan post saya.
Sekarang sesi ketiga bermula, dan
topic yang saya nak paparkan adalah apakah yang patut newbie @ orang baru dalam
permainan paintball perlu ada dahulu jika nak jadikan paintball sebagai hobi?
Ada sesetengah yang akan
cadangkan beli marker jenis itu, brand ini dan macam2 lagi, yela nak cepatkan
proses penambahan squad member. Tapi
bagi saya, saya lebih bersetuju jika barangan utama yang perlu di beli ialah
FACEMASK. Pembelian facemask juga
bergantung kepada jenis paintball anda ingin bermain samaada woodsball @ recball atau speedball. Dimana penggunaan jenis lens adalah penting.
Kalau saya
cadangkan newbie’s ni beli facemask yang ada thermal lens. Memang benar thermal lens facemask agak mahal
tapi mana satu anda nak korban, dapat facemask with single lens yang senang
kabur @ fogging dan membuatkan anda asyik kena tembak atau tak dapat menembak
langsung, ini akan menyebabkan anda tak puas bermain atau lebih teruk anda buka
facemask dalam padang semata-mata nak lap kesan kabur, tindakan ini akan mungkin menyebabkan anda :-
1. ditembak di bahagaian muka atau mata dimana akan menyebabkan kecacatan
2. di tackle oleh Ref @ Marshal secara kasar atau anda ditengking
atau paling teruk anda di larang sama sekali untuk bermain lagi.
Ok disini bukan saya nak kata
facemask thermal lens tu lagi bagus dari single lens. Sesetengah facemask yang single lens juga
harganya sama dengan facemask thermal lens.
Perbezaan nya adalah facemask single lens, lens nya ada lapisan anti
fog. Untuk mengekalkan kesan anti fog
tersebut anda perlu membeli anti fog wipe atau anti fog spray jadi perbelanjaan
anda bertambah sedikit. Untuk facemask
thermal lens pula, lens nya ada dua lapisan yang dikempilkan yang menyebabkan
bahagian tengah lens tersebut kedap udara, tetapi masih ada juga yang berkabus
sekiranya lens tidak dijaga dengan cara yang betul.
Ada masa newbies akan tanya nak
facemask yang selesa atau facemask yang muat muka sebab muka lebar, ok facemask
ni tidak ada saiz tapi keselesaan penting.
So cadangan saya adalah kalau ada masa, pergi sahaja kemana-mana kedai
pro shop paintball dan cuba semua facemask yang dipamerkan, sehingga anda jumpa
yang terbaik untuk anda, ingat sesetengah senior player akan recommend brand
atau jenis tertentu, saya bukan nak kata senior player salah tapi facemask ni bergantung
pada keselesaan dan juga berapa dalam poket anda. Kalau poket anda tak berapa dalam, selain
dari beli baru anda juga boleh cuba mendapatkan facemask terpakai (2nd
hand), site yang agak besar untuk barangan paintball terpakai di Facebook ialah
“Tringger Inc”.
Ok untuk facemask
terpakai pulak, anda bole berjumpa dengan penjual untuk mencuba tapi peringatan
tengok betul-betul barangan anda bakal beli dan juga pastikan anda tahu harga
pasaran barangan tersebut, ini adalah untuk mengelakkan anda membeli barangan
tersebut lebih tinggi dari harga pasaran.
Pro shop paintball yang saya bole cadangkan ialah Napshot, Skirmish, KCHL and Tactical Gear, semuanya di Damansara Perdana. Proshop's ini juga ada page nya tersendiri di Facebook sekiranya anda ingin tengok jenis - jenis product yang dijual.
Dibawah adalah contoh - contoh dan brand @ jenis facemask yang ada dipasaran. Pilihan warna atau brand adalah pilihan anda sendiri. Buat kajian dahulu sebelum anda membuat keputusan yang muktamad.
![]() |
| Proto |
![]() |
| VForce Grills |
![]() |
| SLY |
![]() |
| DYE |
![]() |
| JT |
Akhir kata dari saya Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada ballerz.
GMox out!!!






thanks for the info bro
ReplyDeletesaya baru dua kali main paintball tp dah terus sangkut.sebelum2 ni main counterstrike je,ni dah main btul2 n rasa segala sakit2,trus jadi minat sgt2 dgn paintball.
bookmarked your blog by the way.hopefully boleh update lebih banyak info ! :)