Powered By Blogger

Friday, 14 September 2012

Tactical Paintball Championship (TPC) 2012



Minggu lepas (8 & 9 September) di Cyberjaya Paintball Park (CPP) telah berlangsung leg terakhir TPC.  22 pasukan tactical terbaik telah bertanding.  Kali ini juga committee TPC telah memperkenalkan division baru didalam TPC iaitu Maverick Division, Maverick division ini disertai oleh players yang baru yang ingin merasai kehangatan bermain paintball secara competitive. 

Division ini ada 5 pemain dan masa yang diberi adalah 5 minit untuk menyelesaikan objective anda, iaitu menawan bendera dan membawa bendera tersebut ke base lawan.  Marker yang digunakan adalah mechanical/rental marker.

Walaupun cuaca agak terik, players telah menunjukkan fighting spirit dan juga semangat kesukanan yang tinggi. Di sini saya sertakan nama-nama pasukan yang telah bertanding dan juga pemenang bagi setiap Division Gold, Silver dan Maverick (senarai ini courtesy of the TPC admin).

FINAL LISTS - Participating Battle Clans | MAIN BOARD DIVISION
01. Silver Wolves Squad (S.W.S)
02. PreZoneTac
03. Black Goat Army (B.G.A)
04. TG Company
05. A.W.F Ghost
06. Rozita Che Wan (R.C.W)
07. Muddy Water Boys (M.W.B)
08. Bochalanang
09. Marauderz Black Dust (M.B.D)
10. Splatzone PC
11. Mud Legion 2.0
12. Al-Mohad Regiment 2 (A.M.R 2)
13. Zombee PMC
14. Al-Mohad Regiment (A.M.R)
15. JTF Alpha
16. Division Al-Fateh (D.A.F)
17. Wolf Recon Unit (W.R.U)
18. El Juego Paintball Club (EJPC)
19. C.O.B.R.S.O.F
20. Night Raven
21. Bad Company
22. AOV

FINAL LISTS - Participating Battle Clans | MAVERICK DIVISION
1. JP Unit
2. Ellebugs Trooper (All-Female Team)
3. Raven
4. Prevet Zone Boys
5. TB Squad
6. Infinite

Overall Champions
1st: B.G.A
2nd: Mud Legion 2.0
3rd: Marauderz Blackdust
4th: Bochalanang

FINAL LEG (TPC 4)
Gold Division
1st: B.G.A
2nd: Zombee PMC
3rd: Mud Legion 2.0
4th: Bochalanang

Silver Division
1st: Splatzone PC
2nd: Division Al-Fateh
3rd: JTF Alpha
4th: Muddy Water Boys

Maverick Division
1st: T.B Squad
2nd: Infinite
3rd: J.P Unit
4th: Ellebugs Troopper

Saya akhiri dengan petikan daripada salah seorang daripada Committee member TPC, En. Fairuz Subsonique Tiberius (Flashpoint Paintball) :-

“TPC season 2012 had just ended, congratulations to all winners, thank you to everyone who supported and believed in us. Despite the hiccups, we are fired up to perform better for 2013.

Thank you to Napshot Avenue, to Mr. Nicholas Wong especially for the sponsors, superb quality paint and air supply for TPC 2012.

Thank you and welcome Mr. Antonio Kam of Azodin Asia for being one of the sponsors for Maverick Division.

Thank you Mr. Alan Lian of MacDev for sponsoring a unit of MacDev Tactical Drone for top prelims scorer. For the whole season, we appreciate it to the max!

Thank you Liang Sheng for the medals and champion's cups.

Thank you Tactical Gear and Dianara Matrix/Flashpoint for the support and sponsors for the whole season.

Thank you Canyon Paintball Park, Flashpoint Paintball Park, Mudtrekker Paintball Park and Cyberjaya Paintball Park for hosting the 2012, without your paintball parks, we would have a very hard time completing this great event.

Thank you Mr. Muhsin of MPRO and his band of fantastic marshals for endlessly and tirelessly marshaling all our games for the whole season. Salute and we hope to catch you again for the next season.

And again, thank you to all the participants and battle clans who fought competitively. Your contributions in taking the woodsball industry to a higher level is appreciated. We hope to catch you guys again next year.

With this, we officially close the 2012 season, and we will be back, bigger and better perhaps in 2013.  SALUTE!”

Video's courtesy of Pandaren Myvi Empire.  Thank you for sharing with us


Gambar gambar dibawah courtesy of Mr. Badman Bud.  Thank you for sharing it with us

Insiden yang biasa berlaku didalam pertandingan

Ref paint check

Our silent heroes, the ref, tak kira panas terik atau hujan masih menjalankan tugas

Insiden biasa berlaku didalam padang.

Objective anda menawan bendera dan membawa bendera ke base lawan

Hit yang clear

Kerjasama

The silence before the kill

Players tak kira bangsa atau agama. Peace yo!

Friday, 31 August 2012

SESSION 3 - PRIORITY PAINTBALL GEAR


It has been too long since i wrote about Paintball....

So first and foremost i apologize for the long delay.

Session 3 is in effect and the topic that i am going to discuss is about what newbie's should get FIRST if they want to make paintball a hobby...

Some would recommend markers, gears and what not.  But i would agree with some, that newbies should invest FIRST is their own facemask.  If it was me i would recommend newbies get a facemask with thermal lenses.  Yes it is a little pricey but hey the only thing that is going to happen with a single lens is fogging.  Fogging equals to "i cant see so i cant shot" or worst you get smacked down by the ref or even worst you are banned from playing all together and will miss out on the fun.

I am not saying face mask with single lens are not good at all, it is still good until your anti fog wears off, then you will go dark.

Some newbies will also ask 'i want a facemask that fits my face', well friends all mask will fit your face and protect your precious ie eyes.  What you could do is go to any proshop and have a try at every single mask you can get your hands on.  F.  Because on a paintball field you will be spending most of your time in a face mask so make sure you find one that is comfortable enough  and does not suffocate.

If you are short of cash, the other place where you can have a look is on FB.  The page is called Trigger Inc, items sold are 2nd hand but yet some are in good condition.  You can meet up with the seller and check the condition of the mask. But i would still recommend the newbies to go to a proshop to test and enquire about the price, this is to avoid you being cheated about the price IF you choose to purchase a 2nd hand facemask.

Proshops you ask, well i can name the ones that i know, these proshops are all in one area ie Damansara Perdana.  The proshops are Napshot, Skirmish, KCHL and Tactical Gear.  Below are some sample of face mask that is available in the market.  Remember to do some research before you start purchasing.

JT

JT FULLCOVER

DYE

PROTO

VFORCE GRILL's

SLY

Finally i would like to say Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin to my fellow ballerz.

GMox out!!!

SESSION 3 - PERALATAN YANG PALING UTAMA


Lama jugak saya tak menulis pasal paintball ni, so saya nak mintak maaf atas kelewatan post saya.

Sekarang sesi ketiga bermula, dan topic yang saya nak paparkan adalah apakah yang patut newbie @ orang baru dalam permainan paintball perlu ada dahulu jika nak jadikan paintball sebagai hobi?

Ada sesetengah yang akan cadangkan beli marker jenis itu, brand ini dan macam2 lagi, yela nak cepatkan proses penambahan squad member.  Tapi bagi saya, saya lebih bersetuju jika barangan utama yang perlu di beli ialah FACEMASK.  Pembelian facemask juga bergantung kepada jenis paintball anda ingin bermain samaada woodsball @ recball atau speedball.  Dimana penggunaan jenis lens adalah penting.

Kalau saya cadangkan newbie’s ni beli facemask yang ada thermal lens.  Memang benar thermal lens facemask agak mahal tapi mana satu anda nak korban, dapat facemask with single lens yang senang kabur @ fogging dan membuatkan anda asyik kena tembak atau tak dapat menembak langsung, ini akan menyebabkan anda tak puas bermain atau lebih teruk anda buka facemask dalam padang semata-mata nak lap kesan kabur, tindakan ini akan mungkin menyebabkan anda :-

1. ditembak di bahagaian muka atau mata dimana akan menyebabkan kecacatan

2. di tackle oleh Ref @ Marshal secara kasar atau anda ditengking atau paling teruk anda di larang sama sekali untuk bermain lagi.

Ok disini bukan saya nak kata facemask thermal lens tu lagi bagus dari single lens.  Sesetengah facemask yang single lens juga harganya sama dengan facemask thermal lens.  Perbezaan nya adalah facemask single lens, lens nya ada lapisan anti fog.  Untuk mengekalkan kesan anti fog tersebut anda perlu membeli anti fog wipe atau anti fog spray jadi perbelanjaan anda bertambah sedikit.  Untuk facemask thermal lens pula, lens nya ada dua lapisan yang dikempilkan yang menyebabkan bahagian tengah lens tersebut kedap udara, tetapi masih ada juga yang berkabus sekiranya lens tidak dijaga dengan cara yang betul.

Ada masa newbies akan tanya nak facemask yang selesa atau facemask yang muat muka sebab muka lebar, ok facemask ni tidak ada saiz tapi keselesaan penting.  So cadangan saya adalah kalau ada masa, pergi sahaja kemana-mana kedai pro shop paintball dan cuba semua facemask yang dipamerkan, sehingga anda jumpa yang terbaik untuk anda, ingat sesetengah senior player akan recommend brand atau jenis tertentu, saya bukan nak kata senior player salah tapi facemask ni bergantung pada keselesaan dan juga berapa dalam poket anda.  Kalau poket anda tak berapa dalam, selain dari beli baru anda juga boleh cuba mendapatkan facemask terpakai (2nd hand), site yang agak besar untuk barangan paintball terpakai di Facebook ialah “Tringger Inc”.  

Ok untuk facemask terpakai pulak, anda bole berjumpa dengan penjual untuk mencuba tapi peringatan tengok betul-betul barangan anda bakal beli dan juga pastikan anda tahu harga pasaran barangan tersebut, ini adalah untuk mengelakkan anda membeli barangan tersebut lebih tinggi dari harga pasaran.

Pro shop paintball yang saya bole cadangkan ialah Napshot, Skirmish, KCHL and Tactical Gear, semuanya di Damansara Perdana.  Proshop's ini juga ada page nya tersendiri di Facebook sekiranya anda ingin tengok jenis - jenis product yang dijual.

Dibawah adalah contoh - contoh dan brand @ jenis facemask yang ada dipasaran.  Pilihan warna atau brand adalah pilihan anda sendiri.  Buat kajian dahulu sebelum anda membuat keputusan yang muktamad.



Proto
VForce Grills
SLY

DYE
JT

Akhir kata dari saya Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada ballerz.


GMox out!!!


Friday, 6 April 2012

SESSION 2 – TIPS FOR NEWBIES

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.  First and foremost saya ingin ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada orang perseorangan yang memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan niat murni saya ini.  You know who you are and I, GMox of Bloodpack salute you.

Ok let’s see, saya nak bagi beberapa tips untuk newbie’s @ noobs (player baru ingin berjinak dengan sukan paintball).
 
Tip yang pertama adalah Kesihatan

Pastikan anda cukup rehat hari sebelum game @ tournament, pastikan sentiasa anda minum air, air memang kena banyak minum, sebab anda akan berpeluh dengan begitu banyak sekali, makan sekurang kurangnya 2 @ 3 jam sebelum game, kalau tak sempat nak makan something heavy, anda juga boleh makan snek-snek ringan, power bar ataupun anything yang boleh sustain energy anda semasa game.

PENTING!!, kalau anda ada masalah kesihatan @ health condition, tak kira la apa pun, pastikan anda tau bila untuk berhenti bermain, maksud saya berhenti bermain sebelum keadaan anda bertambah teruk.  Ini bukan untuk mematahkan semangat anda untuk bermain, anda masih boleh bermain tapi kena ada limit.  Bukan saya nak memperkecilkan orang yang berpenyakit nih, jangan salah faham, saya ada kawan2 yang ada masalah kesihatan dan mereka masih lagi bermain, tapi mereka berpaintball ada limit, if you can’t handle the heat, stop and take a rest, do not force yourself.  Paintball tak akan kemana-mana, it will still be here.
  
Tips Pakaian

Regulars (ballerz yang selalu berpaintball), mereka menggunakan pakaian yang dibuat khas untuk bermain (sila scroll kebawah untuk melihat macam mana pemakaian regulars).  Bagi newbies  pakailah pakaian sukan yang anda rasa selesa tapi tahan lasak, kerana sukan ini memerlukan anda buat aksi2 yang lasak.  Kasut juga memainkan peranan yang penting, kerana ia bergantung kepada dimana anda akan bermain paintball, mungkin anda akan bermain di padang yang rata atau bermain di kawasan tertutup yang lantainya bersimen atau hutan yang penuh dengan lumpur dan air.  Dan juga adalah elok sekiranya anda bawak pakaian ganti, yea la nanti baju dah comot di ‘tag’ dengan paint, seluar kotor sebab anda merangkak @ duduk di tempat yang kotor.  Jangan risau pasal nak tukar pakaian di mana, sebab macam saya cakap dalam article session 1, field paintball sekarang kebanyakannya dah ada kemudahan asas.

Ok tip sudah and now for the main topic.  Apa yang saya tulis ini adalah rules and regulations yang general digunakan oleh field operators, dan jika ada additional rules and regulations, ia akan disampaikan oleh Marshal @ ref yang bertugas untuk menjaga anda.  PLEASE TAKE NOTE, the paintball rules and regulations yang ditetapkan oleh field tersebut mesti dituruti untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini apabila bermain, tak kira regular atau newbies.

Selalunya di field, orang yang akan memberi penerangan mengenai rules and regulation of the game or paintball park is the marshal @ ref, so PLEASE, saya ulangi PLEASE bagi perhatian yang tidak berbelah bagi kepada marshal tersebut, walaupun anda sebelum ini pernah bermain paintball.  Sebab utamanya adalah kerana Marshal @ Ref akan memberi penerangan pasal aspek keselamatan marker dan juga mengenai game format.  Selalunya safety and games format briefing akan mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Apa yang diterangkan adalah :-
1.     Cara memakai facemask dan pentingnya pemakaian facemask
2.    Apa itu barrel socks/barrel plug dan kegunaanya
3.    Safety pin/pin keselamatan yang terletak pada marker dan fungsinya
4.    Cara cara membawa @ menjaga marker
5.    Rules & regulation tournament (ini selalunya dilakukan untuk corporate clients)
6.   Selalunya Marshal @ Ref akan bagi sedikit masa untuk menjawab soalan dari players

Ada satu perkara yang saya nak ingatkan pada players @ newbies, Marshal @ Ref adalah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan anda, jika mereka menengking atau tiba-tiba sahaja meluru kearah anda, FIKIR la, mungkin anda telah buat sesuatu yang mungkin memudaratkan diri anda sendiri. Mereka bukan suka-suka nak menjerit, kerana itu kerja mereka.  Berbanding tournament, Marshal @ Ref adalah enforcer rules and regulation pertandingan tersebut.  Marshal @ Ref is the unsung hero of paintball.  Tapi itu cerita untuk hari lain.  

After all that is done, now its time to PLAY! The FUN part.

*Ralat : Rakan2 marshal @ ref yang membaca blog saya ini jika ada penambahan pada list saya, sila la comment di bawah. Terima Kasih

courtesy of Fiza Saad
Courtesy of Heinrico Hardi

Courtesy of Roxd Edison

Courtesy of AeonView.com

Courtesy of AeonView.com


Courtesy of Syarol Ambia

Friday, 30 March 2012

Honor System

Honor (US) atau Honour (UK)

1.    [mass noun] high respect; great esteem:
2.    the quality of knowing and doing what is morally right:

Di dalam mana – mana paintball game, marshal @ referee ditugaskan untuk memastikan aspek keselamatan dan juga agar perjalanan sesebuah game adalah lancar dan teratur, marshal juga memainkan peranan memanggil  pemain – pemain yang telah di ‘tembak’ @ di “tag” untuk keluar dari game tersebut (calling out).  Players perlu sedar bahawa marshal di dalam sesuatu game kadang-kadang terdiri daripada kurang daripada 10% pemain – pemain.  Amat tidak masuk akal kiranya kita mengharapkan marshal untuk ‘call out’ setiap pemain yang telah di ‘tembak’.  Tidak ada cara lain untuk kita atasi masalah ‘cheating’ di dalam sukan paintball ini melainkan kita mengamalkan Honor System.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah sistem ini amat penting kepada setiap paintballer, dari paintballer yang baru berjinak-jinak dengan sukan paintball mahu pun veteran – veteran atau regular paintballer.  Honor System secara langsung berkaitan dengan attitude seseorang player. Sebagai contoh, Paintballer akan keluar atau isytihar dirinya sendiri sebagai ‘out’ apabila ‘di tembak’.  Mudah untuk di terangkan kepada sesiapa pun, tetapi sukar untuk seseorang paintballer itu untuk melaksanakan Honor System ini.  Di sini, wujud pula beberapa ‘terms’ yang bercanggah dengan Honor System seperti:-

Wiping
Wiping ataupun dalam Bahasa Melayu mengelap, merupakan satu unsur ‘cheating’ di dalam sukan paintball.  Seorang ‘wiper’ yang telah di ‘tembak’, mengelap kesan pecahan paintball pada badan untuk menghilangkan kesan tembakan agar boleh meneruskan permainan.

Zombie
Perkataan zombie itu sendiri akan membuat kita membayangkan mayat hidup.  Bezanya di dalam mana – mana sukan paintball, zombie adalah paintballer yang mengelap kesan paintball pada badan dan meneruskan permainan.  Lazimnya, mana – mana paintballer yang telah di labelkan sebagai zombie amat tidak di senangi oleh paintballer yang lain.  Yang kelakarnya, pernah saya lihat sendiri zombie tidak puas hati dengan zombie lain.

Di sini, saya amat syorkan setiap paintballer menerapkan Honor System setiap kali turun padang.  Impak Honor System terhadap sukan paintball di negara kita akan bertambah positif.  Ianya dapat membantu membentuk karakter dan ini akan  menjanjikan atmosphere game yang pasti lebih fun.

Akhir sekali, marilah kita bersama sama mengamalkan Honor System ini.  Wipers dan Zombie adalah cara yang paling senang untuk kita mendapat musuh di dalam dan luar field. Silap – silap boleh kena ban dari field.  Renungkan sejenak.

First rule of paintball: HAVE FUN!
-Chom  Bloodpack-

Article courtesy of Mr. Ismail ‘CHOM’ Hamzah

Tuesday, 27 March 2012

Session 1 - Paintball secara amnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, Nama saya Rosdee bin Rosli, dan callsign saya adalah GMox (sebutan gemox) daripada team Bloodpack.  Saya adalah paintballer, Gamemaster dan juga ref @ marshal untuk tournament atau private events. Tujuan utama saya adalah untuk memperkenalkan paintball pada yang mungkin tak tahu mengenai paintball dan ingin tahu lebih lanjut atau pada yang mungkin tahu pasal paintball tetapi tak tahu apa safety rule di paintball field, rule and regulation of a paintball game, kat mana paintball field di Malaysia, marker apa nak beli, dimana kedai menjual markers dan sebagainya.  Apa yang saya cuba buat telah pun dilakukan oleh masyarakat dunia paintball, tapi saya nak buat cara Malaysian.  Don’t get me wrong, I am not looking for popularity dan bukan untuk meraih keuntungan , saya cuma nak tengok sukan paintball ini maju, create a bigger following in this sport, baru la bertambah meriah paintball di Malaysia.

Sedar tak sedar dah lama paintball ni bertapak di Malaysia.  Taraf sukan paintball di Malaysia sekarang setanding dengan yang di luar Negara.  Kita ada pasukan dan orang perseorangan yang telah, sedang dan akan bertanding atau muncul di peringkat antarabangsa.  Sukan paintball telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia apabila pada hari himpunan sejuta belia 2011, beratus ratus paintballers atau ballerz (gelaran saya untuk manusia2 yang gilakan paintball ni :)) telah berkumpul di Putrajaya.  Itu dalam Malaysia, tak ambil kira yang dari luar Negara datang ke Malaysia semata-mata untuk bermain paintball.  Telah banyak tournament atau Big game (penerangan akan diberi dlm blog2 akan datang) yang telah dianjurkan oleh gabungan field operators bersama kedai2 menjual peralatan sukan paintball (paintball proshop's).  Nanti saya akan ceritakan apa tournament dan big game yang telah dan akan berlangsung, dan juga nama dan alamat paintball proshop's…tungguuuuu….

Apa lagi yang saya bole cerita pasal sukan paintball, kalau nak try ceritakan dalam satu blog ni, saya rasa tak dapat kot, confirm otak jam nyer.  Salah satu sebab ialah memang dah banyak pertandingan, big game, private functions, team building session dan banyak field untuk bermain paintball di Malaysia, tak kira la kecil ke, besar ke.  Field paintball kat Malaysia sekarang complete dengan kemudahan asas untuk sesiapa yang berkunjung ke field mereka.  Kat mana lokasi field apa kemudahan yang diberi dan juga cost untuk paintballing, saya akan addkan dalam blog2 yang akan datang.

So lets get to the main topic again.  Apakah itu paintball?  Soalan yang generally ditanya oleh orang yang tidak tahu menahu mengenai sukan paintball.  Direct translation ke bahasa ibunda kita adalah “bola cat”, atau “main tembak tembak pakai bola cat”.  Adakah itu jawapan yang tepat, well kalau nak ikut logic dah betul dah tu, lame men’s term la kan, tapi exactly apa itu paintball, technical dia adalah panjang so saya pendekkan, sukan dimana players bertanding secara team atau individual dengan meng’tag’kan musuh @ lawan menggunakan “marker” (panggilan yang betul untuk alat menembak bola cat) dan projectile yang digunakan ialah bola cat atau Paintball.  Pasal sejarah paintball, kalau nak tau lebih lanjut, just Google it, mesti ada.

Sebelum saya mengakhiri blog untuk kali ini, saya ingin memberitahu bahawa apa yang saya tulis adalah dari pengalaman saya bermain dan bercampur gual dengan ballerz yang lain, tak kira pangkat, tak kira kaler kulit apa dan tak kira agama, semua bole main, amacam cukup 1Malaysia tak paintball nih? 

So terlebih dahulu saya memohon maaf jika kalau ada terlebih, terkurang dan terkasar, maklum la saya baru nak belajar blogging nih :).  Kepada yang berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut, tunggu the next blog, saya akan bercerita pasal rules and regulation apabila berada di paintball park.  Kalau nak add saya pun bole di Facebook search for Ge Mox, insyaAllah dapat la page saya.  Last but not least terima kasih kepada anda kerana meluangkan masa untuk membaca  blog saya yang amateur ini.


Safety briefing kepada Ahli2 baru AWF (Mudtrekker Paintball Park)
Picture courtesy of Mr. Mohd Khairul Azrin Saparin of AWF

In action - Ops Lembah Buaya anjuran Hopeshifa (Tanamera Paintball Park)
Picture courtesy of Mr. Janggut Stealth our friendly Ipoh Field Operator

Taking a break - Tactical Paintball Challenge (TPC) (Canyon Paintball Valley)
Picture courtesy Aeonview.com

Gamemaster and Emcee for Star Wars paintball game


GMox signing out!