Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. First and foremost saya ingin ucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada orang perseorangan yang memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan niat murni saya ini. You know who you are and I, GMox of Bloodpack salute you.
Ok let’s see, saya nak bagi beberapa tips untuk newbie’s @ noobs (player baru ingin berjinak dengan sukan paintball).
Tip yang pertama adalah Kesihatan
Pastikan anda cukup rehat hari sebelum game @ tournament, pastikan sentiasa anda minum air, air memang kena banyak minum, sebab anda akan berpeluh dengan begitu banyak sekali, makan sekurang kurangnya 2 @ 3 jam sebelum game, kalau tak sempat nak makan something heavy, anda juga boleh makan snek-snek ringan, power bar ataupun anything yang boleh sustain energy anda semasa game.
PENTING!!, kalau anda ada masalah kesihatan @ health condition, tak kira la apa pun, pastikan anda tau bila untuk berhenti bermain, maksud saya berhenti bermain sebelum keadaan anda bertambah teruk. Ini bukan untuk mematahkan semangat anda untuk bermain, anda masih boleh bermain tapi kena ada limit. Bukan saya nak memperkecilkan orang yang berpenyakit nih, jangan salah faham, saya ada kawan2 yang ada masalah kesihatan dan mereka masih lagi bermain, tapi mereka berpaintball ada limit, if you can’t handle the heat, stop and take a rest, do not force yourself. Paintball tak akan kemana-mana, it will still be here.
Tips Pakaian
Regulars (ballerz yang selalu berpaintball), mereka menggunakan pakaian yang dibuat khas untuk bermain (sila scroll kebawah untuk melihat macam mana pemakaian regulars). Bagi newbies pakailah pakaian sukan yang anda rasa selesa tapi tahan lasak, kerana sukan ini memerlukan anda buat aksi2 yang lasak. Kasut juga memainkan peranan yang penting, kerana ia bergantung kepada dimana anda akan bermain paintball, mungkin anda akan bermain di padang yang rata atau bermain di kawasan tertutup yang lantainya bersimen atau hutan yang penuh dengan lumpur dan air. Dan juga adalah elok sekiranya anda bawak pakaian ganti, yea la nanti baju dah comot di ‘tag’ dengan paint, seluar kotor sebab anda merangkak @ duduk di tempat yang kotor. Jangan risau pasal nak tukar pakaian di mana, sebab macam saya cakap dalam article session 1, field paintball sekarang kebanyakannya dah ada kemudahan asas.
Ok tip sudah and now for the main topic. Apa yang saya tulis ini adalah rules and regulations yang general digunakan oleh field operators, dan jika ada additional rules and regulations, ia akan disampaikan oleh Marshal @ ref yang bertugas untuk menjaga anda. PLEASE TAKE NOTE, the paintball rules and regulations yang ditetapkan oleh field tersebut mesti dituruti untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini apabila bermain, tak kira regular atau newbies.
Selalunya di field, orang yang akan memberi penerangan mengenai rules and regulation of the game or paintball park is the marshal @ ref, so PLEASE, saya ulangi PLEASE bagi perhatian yang tidak berbelah bagi kepada marshal tersebut, walaupun anda sebelum ini pernah bermain paintball. Sebab utamanya adalah kerana Marshal @ Ref akan memberi penerangan pasal aspek keselamatan marker dan juga mengenai game format. Selalunya safety and games format briefing akan mengambil masa lebih kurang 15 minit.
Apa yang diterangkan adalah :-
1. Cara memakai facemask dan pentingnya pemakaian facemask
2. Apa itu barrel socks/barrel plug dan kegunaanya
3. Safety pin/pin keselamatan yang terletak pada marker dan fungsinya
4. Cara cara membawa @ menjaga marker
5. Rules & regulation tournament (ini selalunya dilakukan untuk corporate clients)
6. Selalunya Marshal @ Ref akan bagi sedikit masa untuk menjawab soalan dari players
Ada satu perkara yang saya nak ingatkan pada players @ newbies, Marshal @ Ref adalah orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan anda, jika mereka menengking atau tiba-tiba sahaja meluru kearah anda, FIKIR la, mungkin anda telah buat sesuatu yang mungkin memudaratkan diri anda sendiri. Mereka bukan suka-suka nak menjerit, kerana itu kerja mereka. Berbanding tournament, Marshal @ Ref adalah enforcer rules and regulation pertandingan tersebut. Marshal @ Ref is the unsung hero of paintball. Tapi itu cerita untuk hari lain.
After all that is done, now its time to PLAY! The FUN part.
*Ralat : Rakan2 marshal @ ref yang membaca blog saya ini jika ada penambahan pada list saya, sila la comment di bawah. Terima Kasih
![]() |
| courtesy of Fiza Saad |
![]() |
| Courtesy of Heinrico Hardi |
![]() |
| Courtesy of Roxd Edison |
![]() |
| Courtesy of AeonView.com |
![]() |
| Courtesy of AeonView.com |
![]() |
| Courtesy of Syarol Ambia |






