Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, Nama saya Rosdee bin Rosli, dan callsign saya adalah GMox (sebutan gemox) daripada team Bloodpack. Saya adalah paintballer, Gamemaster dan juga ref @ marshal untuk tournament atau private events. Tujuan utama saya adalah untuk memperkenalkan paintball pada yang mungkin tak tahu mengenai paintball dan ingin tahu lebih lanjut atau pada yang mungkin tahu pasal paintball tetapi tak tahu apa safety rule di paintball field, rule and regulation of a paintball game, kat mana paintball field di Malaysia, marker apa nak beli, dimana kedai menjual markers dan sebagainya. Apa yang saya cuba buat telah pun dilakukan oleh masyarakat dunia paintball, tapi saya nak buat cara Malaysian. Don’t get me wrong, I am not looking for popularity dan bukan untuk meraih keuntungan , saya cuma nak tengok sukan paintball ini maju, create a bigger following in this sport, baru la bertambah meriah paintball di Malaysia.
Sedar tak sedar dah lama paintball ni bertapak di Malaysia. Taraf sukan paintball di Malaysia sekarang setanding dengan yang di luar Negara. Kita ada pasukan dan orang perseorangan yang telah, sedang dan akan bertanding atau muncul di peringkat antarabangsa. Sukan paintball telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia apabila pada hari himpunan sejuta belia 2011, beratus ratus paintballers atau ballerz (gelaran saya untuk manusia2 yang gilakan paintball ni :)) telah berkumpul di Putrajaya. Itu dalam Malaysia, tak ambil kira yang dari luar Negara datang ke Malaysia semata-mata untuk bermain paintball. Telah banyak tournament atau Big game (penerangan akan diberi dlm blog2 akan datang) yang telah dianjurkan oleh gabungan field operators bersama kedai2 menjual peralatan sukan paintball (paintball proshop's). Nanti saya akan ceritakan apa tournament dan big game yang telah dan akan berlangsung, dan juga nama dan alamat paintball proshop's…tungguuuuu….
Apa lagi yang saya bole cerita pasal sukan paintball, kalau nak try ceritakan dalam satu blog ni, saya rasa tak dapat kot, confirm otak jam nyer. Salah satu sebab ialah memang dah banyak pertandingan, big game, private functions, team building session dan banyak field untuk bermain paintball di Malaysia, tak kira la kecil ke, besar ke. Field paintball kat Malaysia sekarang complete dengan kemudahan asas untuk sesiapa yang berkunjung ke field mereka. Kat mana lokasi field apa kemudahan yang diberi dan juga cost untuk paintballing, saya akan addkan dalam blog2 yang akan datang.
So lets get to the main topic again. Apakah itu paintball? Soalan yang generally ditanya oleh orang yang tidak tahu menahu mengenai sukan paintball. Direct translation ke bahasa ibunda kita adalah “bola cat”, atau “main tembak tembak pakai bola cat”. Adakah itu jawapan yang tepat, well kalau nak ikut logic dah betul dah tu, lame men’s term la kan, tapi exactly apa itu paintball, technical dia adalah panjang so saya pendekkan, sukan dimana players bertanding secara team atau individual dengan meng’tag’kan musuh @ lawan menggunakan “marker” (panggilan yang betul untuk alat menembak bola cat) dan projectile yang digunakan ialah bola cat atau Paintball. Pasal sejarah paintball, kalau nak tau lebih lanjut, just Google it, mesti ada.
Sebelum saya mengakhiri blog untuk kali ini, saya ingin memberitahu bahawa apa yang saya tulis adalah dari pengalaman saya bermain dan bercampur gual dengan ballerz yang lain, tak kira pangkat, tak kira kaler kulit apa dan tak kira agama, semua bole main, amacam cukup 1Malaysia tak paintball nih?
So terlebih dahulu saya memohon maaf jika kalau ada terlebih, terkurang dan terkasar, maklum la saya baru nak belajar blogging nih :). Kepada yang berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut, tunggu the next blog, saya akan bercerita pasal rules and regulation apabila berada di paintball park. Kalau nak add saya pun bole di Facebook search for Ge Mox, insyaAllah dapat la page saya. Last but not least terima kasih kepada anda kerana meluangkan masa untuk membaca blog saya yang amateur ini.
![]() |
| Safety briefing kepada Ahli2 baru AWF (Mudtrekker Paintball Park) Picture courtesy of Mr. Mohd Khairul Azrin Saparin of AWF |
![]() |
| In action - Ops Lembah Buaya anjuran Hopeshifa (Tanamera Paintball Park) Picture courtesy of Mr. Janggut Stealth our friendly Ipoh Field Operator |
![]() |
| Taking a break - Tactical Paintball Challenge (TPC) (Canyon Paintball Valley) Picture courtesy Aeonview.com |
![]() |
| Gamemaster and Emcee for Star Wars paintball game |
GMox signing out!





gud job bro
ReplyDeleteCongratz gmox...ada sikit ejaan n bahasa yg bleh ditambah baik...well done bro
ReplyDeleteIt's about time! :P and yes, some spelling and grammatical errors here and there but kudos!
ReplyDeleteGmox well done...congrats...insyallah apa ja input n pic masa kat D Day okholoma. Nanti kak fiza akan b
ReplyDeleteterima kasih....
ReplyDeletechayok bob !
ReplyDeletehopefully there's more entry in the future! =)
ReplyDeletewao!!!terbaik bro
ReplyDeletenak otograph
ReplyDeleteWe are LED Display panel specialist www.facebook.com/JTAsiaTrading
ReplyDelete