Honor (US) atau Honour (UK)
1. [mass noun] high respect; great esteem:
2. the quality of knowing and doing what is morally right:
Di dalam mana – mana paintball game, marshal @ referee ditugaskan untuk memastikan aspek keselamatan dan juga agar perjalanan sesebuah game adalah lancar dan teratur, marshal juga memainkan peranan memanggil pemain – pemain yang telah di ‘tembak’ @ di “tag” untuk keluar dari game tersebut (calling out). Players perlu sedar bahawa marshal di dalam sesuatu game kadang-kadang terdiri daripada kurang daripada 10% pemain – pemain. Amat tidak masuk akal kiranya kita mengharapkan marshal untuk ‘call out’ setiap pemain yang telah di ‘tembak’. Tidak ada cara lain untuk kita atasi masalah ‘cheating’ di dalam sukan paintball ini melainkan kita mengamalkan Honor System.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah sistem ini amat penting kepada setiap paintballer, dari paintballer yang baru berjinak-jinak dengan sukan paintball mahu pun veteran – veteran atau regular paintballer. Honor System secara langsung berkaitan dengan attitude seseorang player. Sebagai contoh, Paintballer akan keluar atau isytihar dirinya sendiri sebagai ‘out’ apabila ‘di tembak’. Mudah untuk di terangkan kepada sesiapa pun, tetapi sukar untuk seseorang paintballer itu untuk melaksanakan Honor System ini. Di sini, wujud pula beberapa ‘terms’ yang bercanggah dengan Honor System seperti:-
Wiping
Wiping ataupun dalam Bahasa Melayu mengelap, merupakan satu unsur ‘cheating’ di dalam sukan paintball. Seorang ‘wiper’ yang telah di ‘tembak’, mengelap kesan pecahan paintball pada badan untuk menghilangkan kesan tembakan agar boleh meneruskan permainan.
Zombie
Perkataan zombie itu sendiri akan membuat kita membayangkan mayat hidup. Bezanya di dalam mana – mana sukan paintball, zombie adalah paintballer yang mengelap kesan paintball pada badan dan meneruskan permainan. Lazimnya, mana – mana paintballer yang telah di labelkan sebagai zombie amat tidak di senangi oleh paintballer yang lain. Yang kelakarnya, pernah saya lihat sendiri zombie tidak puas hati dengan zombie lain.
Di sini, saya amat syorkan setiap paintballer menerapkan Honor System setiap kali turun padang. Impak Honor System terhadap sukan paintball di negara kita akan bertambah positif. Ianya dapat membantu membentuk karakter dan ini akan menjanjikan atmosphere game yang pasti lebih fun.
Akhir sekali, marilah kita bersama sama mengamalkan Honor System ini. Wipers dan Zombie adalah cara yang paling senang untuk kita mendapat musuh di dalam dan luar field. Silap – silap boleh kena ban dari field. Renungkan sejenak.
First rule of paintball: HAVE FUN!
-Chom Bloodpack-
Article courtesy of Mr. Ismail ‘CHOM’ Hamzah

Betul...Betull...Betullllllllll....Takut selalu cheating kene shoot dengan member sendiri nanti...hahahahahahaha
ReplyDelete